Baca sini! Baca sini!

Sunday, 15 April 2012

Cerita Hari Ibu


Entri kali ni, gua nak cerita pasal hari ibu. Gua nak tanya sikit ni, hari ibu ni, tarikh dia memang sama ke tiap-tiap tahun? Ke berubah macam tarikh hari raya tu? Okay-okay, cerita dia macam ni, ada sehari tu, gua lepak dengan member gua ni. Lepak dekat busstand, biasa la, kalau jadi kutu lepak ni, dekat busstand la port strategik. Makwe pun ramai.
Tengah-tengah gua serius dan fokus melepak tu, hati gua jadi tak tenang. Gua dah ucap dah selamat hari ibu dekat emak gua tadi, tapi gua tukar. Gua ucap 'selamat hari emak' sebab gua panggil emak. Tapi gua tak tenang bila tengok ibu yang duduk seberang jalan, tak jauh dari tempat gua melepak,
"Oi, ko tengok ibu tu, patutnya hari ibu ni dia diraikan, bukan duduk tepi jalan macam tu!"
"Ibu mana pulak ko ni?" Soal member gua.
"Tu, yang duduk tepi jalan tu la. Aduhhh ko ni!"
"Ahhh, lantak dia la, ko tak payah la sibuk," balas member gua tu. Takde langsung nilai-nilai murni dalam kata-kata dia tu, takkan takde sikit pun rasa kesian?
"Eh, jom kita ucap selamat hari ibu dekat dia, nak?"
"Tak payah la, ko ucap dekat mak ko dah la," kata member gua tu.
"Kalau ko tak nak pergi, ko tunggu sini. Lepas ni jangan kawan dengan aku lagi!"
"Yalah, yalahhh. Babi la main ugut-ugut. Ko ucap la sorang-sorang, aku teman je," kata member gua, dia mengalah.
"SELAMAT HARI IBUUUUU!!!"
Gua ucap dekat ibu tu, setelah gua sampai dekat dia. Ibu tu senyap je, tak bagi respon langsung. Gua pulak rasa panas hati. Gua ucap sekali lagi, ibu tu senyap juga. Tiga kali gua menjerit. Senyap juga.
"Dah la tu, malu orang tengok nanti. Gila apa ucap hari ibu dekat ibupejabat polis daerah ni? Dah la, jom blah." Kata member gua. Dia tarik tangan gua. Gua tak puas hati lagi, gua tunjuk penumbuk ke arah IPD tu. Baru puas hati sikit gua rasa.

2 comments: