Baca sini! Baca sini!

Wednesday, 18 April 2012

Gemilang Pagi


Pagi. Mencorak waktu; masa terluang membina memori, tanpa sedar batas waktu. Siulan burung, hujan dan unggas ramah menyapa, menemani laluan indah. Berbagai warna; hijau, merah, kelabu dan hitam.

Azan melagukan alunan, diselang ramah manusia menyapa, mengingatkan malam telah berakhir dan bermulanya hari baru. Mampukah aku bertemu pagi lagi? Setelah ia berlalu pergi.

Malam. Wajah rembulan pamer keindahan. Segala keraguan mula hilang, setiap waktu berjanji bersatu; mencipta memori baru. Pasti dengan apa yang dimahukan. Bukan untuk cuba dan lihat.

Bersyukur, bilamana satu hari nanti jadi hakiki.







4 comments:

  1. dalam hati ada taman rupanya he siap ada kupu2 lagi erk he..bez sgt puitis dh bleh jd pyair ni =)

    ReplyDelete
  2. mulakan semangat dengan pagi hari... mood di pagi hari menentukan mood kita sepanjang hari tersebut...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

    ReplyDelete
  3. salam, sy sedang mencari editor sambilan untuk upload artikel di blog saya jika minat boleh inform tq.

    email : dalamcantik@gmail.com
    http://www.dalamcantik.com/

    ReplyDelete