Followers

Baca sini! Baca sini!

Tuesday, 10 January 2012

Hutang

Ketika gua tulis entri ini, keadaan sudah tenang dan juga terkawal. Tak pernah langsung terdetik di hati gua, gua akan melalui saat-saat seperti ini. Kesilapan sendiri juga punca sebenarnya.

Hari itu, gua dan lagi sorang kawan serumah gua, lepak dekat depan rumah. Kawan gua baru lepas tukar warna motorsikal dia. Jadi, gua tolong dia tampal strike dekat motorsikal tu. Tengah gua dan kawan gua tampal strike tu, tiba-tiba seorang brader naik motorsikal jenis honda ex5, berenti depan rumah.

"Alamat ni dekat sini, kan?" Soal brader tersebut. Sambil dia menunjukkan sekeping kertas.

"Ha'ah, betul la tu, apahal?" Gua soal, muka gua masamkan, biar nampak ganas sikit.

"Dah berapa kali kompeni aku bagi surat? Tak bayar juga pasal apa?" Brader tu soal gua balik, tinggi juga tona suara dia.

Gua pergi dekat dia, gua mintak surat tu, suara gua, gua dah rendahkan. Lama juga gua tengok surat tu. Siapa pulak buat hal ni.

"Relaks la, bang. Jangan kecoh macam ni, malu orang lain dengar nanti." Kawan gua cuba meraih simpati brader tersebut.

"Dah banyak masa kompeni aku bagi, tak bayar juga. Nak tunjuk keras kepala. Dah, dah aku buat kerja aku, ko jangan sibuk. Kepala ko aku potong karang, nak?" Balas brader itu lagi.

"Relaks la, bang. Melayu sama melayu kot bang? Takkan sampai macam ni?" Sampuk gua, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

"Dah, dah korang jangan bising, aku tumbuk karang, sia-sia je. Dah!" Balas brader tu lagi.

Setelah brader tu blah. Gua dan lagi empat orang kawan serumah gua duduk bersila di ruang tamu. Memikirkan apa cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Cuma, ada satu cara sahaja yang tinggal, call family masing-masing mintak duit. Walaupun baru awal bulan, tapi nak buat macam mana dah. Tapi gua cadangkan, jangan bagitau perkara sebenar, takut family jadi risau pulak nanti. Semua bersetuju.

Keesokan harinya, setelah semua keluarkan duit, timbul lagi satu masalah. Semua tak 'berani' nak pergi bayar. Disebabkan gua yang mempunyai ciri-ciri yang paling tinggi untuk jadi ketua gangster dalam ramai-ramai tu, makanya gua la yang pergi. Gua ajak sorang lagi, puas juga paksa dia suruh ikut gua. Yea la, buatnya jadi apa-apa karang, ada juga orang nak backup.

Setelah itu, kami berdua pun menuju ke alamat yang tertera di dalam surat yang ditinggalkan oleh brader yang datang kemarin. Ramai juga gua tengok orang dekat situ, semua nak bayar hutang juga agaknya. Gua meneka. Setelah itu, gua pergi berjumpa dengan pengawal di situ, dia menerangkan serba sedikit, lepas gua dah faham, gua dan kawan gua duduk di kerusi menunggu.

Hampir 25 minit menunggu, gua pun dipanggil, lekas-lekas gua dengan kawan gua bangun dan duduk di kerusi yang di sediakan.

"Ni duitnya, saya rasa cukup. Kalau tak percaya, kira la." Penuh sopan-santun gua menyusun bicara.

Perempuan di depan kami tersenyum, kemudian berkata, "Bekalan elektrik, akan disambung semula selepas jam 5 petang nanti. Lainkali bayar awal, ya," Sambil dia tersenyum lagi.   

5 comments:

  1. hye,saya dh folow awk no 188. jmput dtg blog saya ye.klu leh folowla skali :)

    ReplyDelete
  2. Tahi lu ! Wa ingat Along datang ! Hampeh punya gangster ! Ali-Ali ! KahKahKahKah

    ReplyDelete
  3. bikin suspen btol..xbayar letrik rupanya..haha

    ReplyDelete
  4. hakhak..ingatkan aok utang mende..along kjadah sume tuh..pakai pelita pown style kot :P

    ReplyDelete