Followers

Baca sini! Baca sini!

Friday, 20 January 2012

Mimpi, Nyamuk dan Momok

Gua terbangun dari tidur. Lebih kurang 10 minit yang lepas. Gua mimpi momok beb! Gila betul, gua dah basuh dah kaki sebelum tidur tadi, doa pun gua dah baca juga. Entah momok jenis apa masuk dalam mimpi orang yang dah baca doa ni. Gua syak, momok yang dah senior ni. Tu pasal dia berani juga walaupun gua dah baca doa.

Memang gua lelaki sejati, panjat pokok rambutan tak guna tangga pun. Belah durian guna sudu je, tapi bila mimpi pasal momok, bergetar juga saraf lelaki sejati gua ni. Berpeluh juga la masa gua bangun dari tidur tadi. Tengah gua mengurut dada, nyamuk pulak buat hal. Terbang lepas tu hinggap dekat pipi gua. Nak makan darah gua la tu kerjanya, takde kerja lain.

Gua pun pergi ke dapur, ambik biskut cap ping pong. Gua hancur-hancurkan letak dalam pinggan. Lepas tu gua letak pinggan tu dekat tepi tilam gua. Dengan harapan, nyamuk-nyamuk tu makan la biskut tu nanti, takde la asyik nak makan gua je. Selesai pasal nyamuk, ketakukat gua datang balik. Gua pun berfikir lagi, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Gua pun menyanyi lagu semboyan telah berbunyi, biar ada semangat patriotik dalam diri gua ni. Biar gua jadi berani sikit. Mata gua pun dah berat ni, walau apapun gua kena tidur juga ni. Gua dah buat keputusan, tidur dekat luar. Mesti momok tu pelik, tengok gua dah takde dalam bilik. Tak dapat la dia nak masuk dalam mimpi gua lagi. Boleh la gua mimpi Maya Karin, sama-sama berlakon dalam cerita Ombak Rindu. Kahkahkah.

Rupa rupanya nyamuk tu sempat lagi tweet kawan kawan,apa lagi datang la kawan kawan dia serang gua,main kasar juga haiwan ni,gua pun bangun pergi ke dapur gua ambil biskut  gua hancur hancurkan letak dalam pinggan lepa tu letak dekat tepi tilam gua,dengan harapan nyamuk nyamuk tu makan biskut,takde la dorang nak makan gua lagi.

Selesai pasal nyamuk tu ketakukan gua datang semula,gua takut kalau tidur nanti momok tu datang lagi dalam mimpi gua,patut la batman tidur siang berjaga malam mesti dia pun takut mimpi momok,utk hilangkan rasa takut tu gua pun menyanyi lagu semboyan telah berbunyi biar ada semangat pahlawan sikit dalam diri gua ni.

Gua memang la tak takut kalau tak jumpa momok ni,kalau jumpa memang lari marathon 4x400 meter baton tu gua pass dekat watson nyambek lepas tu dia pulak pass dekat usain bolt,merepek juga gua ni kalau takut,kahkahkah.

Mungkin sebab momok ni keluar malam malam jadi orang takut agaknya malam kan sunyi dan gelap,kalau momok ni keluar kacau orang pukul dua belas tengah hari kena lenpang dah dia gua rasa.

Mata gua pun berat dah ni rasa nak tidur tu memang tak dapat dibendung lagi dalam kepala hotak gua ni,kalau gua tahan rasa nak tidur ni dapat penyakit batu karang pulak nanti,tapi kalau momok tu datang lagi dalam mimpi gua macam mana,pening juga gua pikir ni.

Semua masalah ada jalan penyelesaiannya,jadi gua buat keputusan tidur bilik kawan gua,nanti kalau momok tu nak datang dalam mimpi gua mesti dia tercari cari sebab gua tak tidur dalam bilik gua,kahkahkah.

Jadi gua pun nak tidur la semula entah entah lepas ni gua mimpi berlakon dengan maya karin dalam cerita ombak rindu,dia dah la seksi dalam cerita tu,kahkahkah.

4 comments:

  1. patot la mimpi momok,haritu curik limau kt tmpt cina semayang..ish3..:p

    ReplyDelete
  2. tu lah lain kali jangan lupa baca doa sblum tido.huhu

    ReplyDelete
  3. haha.. klakar.. dpt mimpi mcm tu sbb momok tu nak ngayat awak tu.. pesal takut?.. mmg rupa hantu menakutkan.. haha

    ReplyDelete
  4. nanti pakai bj merah bila nak tido..hantu takut nak dtg kacau power ranges merah haha

    ReplyDelete