Followers

Baca sini! Baca sini!

Saturday, 14 January 2012

Ombak Rindu; Novel vs Filem

Entri kali ni pasal Ombak Rindu, disebabkan gua baru je lepas tengok cerita dia tadi. Gua syak, kau orang mesti dah jemu dah, dari mula-mula cerita tu keluar, sampai la baca entri gua ni, tak habis-habis cerita pasal Ombak Rindu ni.
Mula-mula, gua takde rasa langsung nak tengok, sebab gua yakin kalau dari novel bawak ke panggung wayang, cerita dia jadi kurang sikit. Tapi, bila gua dengar kutipan cerita ni dapat lebih kurang sepuluh juta lebih, gua jadi rasa nak tengok. Lagi pun, ada Maya Karin tu. Gila la tak tengok dia berlakon.
Jadi, gua pun hadap la cerita yang berdurasi lebih kurang dua jam tu. Macam biasa lagi, takde lagi tanda-tanda rasa nak menangis. Mata pun tak rasa pedih lagi. Gua teruskan juga tengok, gua dah rasa hampa dah. Tapi gua fikir balik, takkan nak ikut sebijik dalam novel, silap-silap 3 hari baru habis cerita dia. Nampak? Gua cuba sedapkan hati.
Makin lama, makin jadi tak sedap dah hati gua. Gua pelik pasal apa kawan serumah gua, tengok cerita ni sampai tiga kali? Tiga-tiga kali tu juga dia menangis. Gua pulak, rasa nak tergelak je. Lagi-lagi bila scene Pak Dollah kejar kereta Encik Hariz, pergi je la terus rumah dia, nak kejar pasal apa? Buat letih je lari-lari, dah la Pak Dollah tu dah tua.
Tapi, ada juga la part yang sedih, masa Izzah kena pukul sampai pengsan,sebab Pak Dollah syak dia mengandung tu. Part tu gua rasa nak menangis juga la sikit. Tapi, dalam novel lagi power, masa Encik Hariz mengamuk nak buang kucing Izzah, lepas tu Izzah cakap dia dah takde siapa-siapa dalam dunia ni, ada kucing tu je. Fuhhh! Yang tu power beb! Jadi pendapat gua, cerita Ombak Rindu ni gua bagi tiga bintang. Novel dia lak gua bagi lima puluh bintang.
Kau orang lak macam mana? Sama pendapat dengan gua jugak ke? Kalau sama kita geng la. Kahkahkah.




16 comments:

  1. banyak ke dye potong? potong ape lagi?? ade potong stim banyyak ??

    ReplyDelete
  2. honestly bagi saya cerita ni hanya sekadar cerita cinta yang mendayu-dayu :
    1) sebab saya rasa crita ni mcm memaparkan tentang cinta semata-mata bila adengan ranjang jadi taruhan.
    2) tak sanggup memikirkan apa perasaan sbg seorang perempuan tengok suami sendiri blakon kat katil ngan ppuan lain.berlakon pun still bsentuhan kan?
    3) bila penulis cakap kecewa lari dari cerita asal.memang la upgrade ada kebaikan tapi bila tengok plot.cerita ni macam nak papar kekejaman cinta je.pasrah pasrah tapi xnak nampak jelas pun pasrah mcm mana dan apa yang dia perjuangkan untuk cinta.sekian.hehe :)

    ReplyDelete
  3. yup.novel memang best.tapi bila difikirkan izzah dalam filem tak sama mcm izzah yang dibayangkan dalam novel.huhu

    ReplyDelete
  4. x pernah & tak teringin nk tngok cite ni. hehe...

    ReplyDelete
  5. hohoh
    menangis itu gentleman bro

    ReplyDelete
  6. aku pi tgk kt wyg. walaupon aku tau movie dia tak sebest novel, tp meleley gak doww. malu aku. ;p

    ReplyDelete
  7. lain sangat kan dari novel...novel lagi best! hehe

    ReplyDelete
  8. setuju sgt..novel dy lg best dr movie..nana tengok pun tak nges..org lain iye2 je nges...hahahaha..nana baca novel ombak rindu je nges byk kali..=,=

    ReplyDelete
  9. pergh..lyan nobel kot lu..
    wa tengok gak, sbb nak ikut norma kehidupan kan...
    :p

    ReplyDelete
  10. aku tengok citer ni sikit pon tak nangis..tapi aku normal.

    p/s: aku rasa cite pokemon masa ash berpisah ngan pikachu lagi sedih..haha

    ReplyDelete
  11. hahaha same here! saya tewas gak hahahah =))

    ReplyDelete
  12. Belog saya pasang lagu ombak rindu!!nk dgr?lol~ http://wwwmohdridwan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. pergh..
    dah bace nvl ombak rindu?pergh...hbt2..
    jrg aki suke bace nvl..hahaha..
    btw...nice entry laa..

    ReplyDelete
  14. btul tu pakcik ali..hehe
    cter tu lain benor dgan yg dlm novel kan...
    tp sedih tu memang lah sedih tp kalau yg dlm
    novel lg real sedihnya kan...
    itu pendapat sy ler...hehe

    ReplyDelete