Followers

Baca sini! Baca sini!

Friday, 30 December 2011

Budak Millenium

Petang tu, gua lepak-lepak atas pangkin bawah pokok manggis dekat rumah gua. Abah gua yang buat pangkin tu, sedap juga la melepak sambil hisap rokok. Nyaman je rasanya. Tengah gua menikmati petang yang damai tu, datang sorang budak. Anak jiran gua, gua kenal dia. Umur lebih kurang 9-10 tahun gua rasa.

"Buat apa tu, bang? Lama tak nampak?" Dia soal gua.

"Lepak-lepak je, ambik angin." Gua balas.

"Boring betul la, bang,"

"Pergi la balik baca buku, hilang la boring ko tu karang,"

"Orang dah baca habis dah,"

"Sape suruh ko baca bagi habis? Baca la sikit-sikit,"

"Buat apa tu, bang?" Dia soal lagi, bila tengok gua kuis-kuis tanah dengan ranting kayu.

"Aku nak tangkap semut hitam, suruh berlawan, mana tau boleh hilang boring ko tu karang," 

"Tak payah la, bang. Main PSP pun boleh hilang jugak boring ni," dia jawab.

Gua rasa nak menangis dah, kalau dia tahu main menatang tu boleh hilang boring, pasal apa dia tak main je terus? Pasal apa? Aduhhhh.

"Game apa ko main? Bak aku tengok kejap,"

"Macam-macam, bang." Dia jawab, sambil hulurkan PSP dia.

"Game mende ni? PES takde? Need for speed?" Gua soal dia.

"Game apa tu, bang? Tak pernah dengar pun," dia balas.

"Aduhhh, ko ni. Download la game power-power sikit. Baru la terbuka minda remaja ko tu nanti. Ko tu dah bersunat." Gua kutuk dia, padan muka.

"Oh, patut la..." dia cakap tak habis.

"Patut la mende?" Gua soal dia.

"Patut la rasa macam nak tumbuh janggut dan misai, nak jadi remaja dah," dia balas.

"Aduhhh, bersunat baru tiga empat hari, tumbuh amendanya," panas juga gua dengan budak ni.

"Bang, kalau dah bersunat, kawan orang cakap boleh ada makwe dah,"

"Ko jangan mengada, sekolah pun baru darjah empat, ko gatal dah yea. Aku bagitau mak ko, nak?" Gua ugut dia.

"Sikit-sikit nak report, tak sedap la lepak dengan abang ni, nak balik la." Dia pun terus balik.

Budak-budak sekarang, lain macam betul. Gua dulu, kalau abah gua cakap je pasal nak sunatkan gua, laju gua lari panjat pokok. Punya la takut. Nampak Tok Mudim pun gua menggigil dah. Kalau main polis sentri tu, orang jahat yang kena tangkap, mesti nama dia Tok Mudim. Punya la anti masa tu.

Budak-budak sekarang, dengar pasal nak kena sunat, jadi seronok betul. Sebab lepas bersunat nak ada makwe. Jenis lepas bersunat nak kawin pun ada juga. Kahkahkah.


5 comments:

  1. singgah sini dari speechless009.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kids nowadays mmg advance kot.hehe :)

    ReplyDelete
  3. Bro , bukan nak cerita lebat lah . Wa tak reti siot main menatang PSP tu ! Kahkahkah ;)

    ReplyDelete