Baca sini! Baca sini!

Friday, 30 December 2011

Budak Millenium

Petang tu, gua lepak-lepak atas pangkin bawah pokok manggis dekat rumah gua. Abah gua yang buat pangkin tu, sedap juga la melepak sambil hisap rokok. Nyaman je rasanya. Tengah gua menikmati petang yang damai tu, datang sorang budak. Anak jiran gua, gua kenal dia. Umur lebih kurang 9-10 tahun gua rasa.

"Buat apa tu, bang? Lama tak nampak?" Dia soal gua.

"Lepak-lepak je, ambik angin." Gua balas.

"Boring betul la, bang,"

"Pergi la balik baca buku, hilang la boring ko tu karang,"

"Orang dah baca habis dah,"

"Sape suruh ko baca bagi habis? Baca la sikit-sikit,"

"Buat apa tu, bang?" Dia soal lagi, bila tengok gua kuis-kuis tanah dengan ranting kayu.

"Aku nak tangkap semut hitam, suruh berlawan, mana tau boleh hilang boring ko tu karang," 

"Tak payah la, bang. Main PSP pun boleh hilang jugak boring ni," dia jawab.

Gua rasa nak menangis dah, kalau dia tahu main menatang tu boleh hilang boring, pasal apa dia tak main je terus? Pasal apa? Aduhhhh.

"Game apa ko main? Bak aku tengok kejap,"

"Macam-macam, bang." Dia jawab, sambil hulurkan PSP dia.

"Game mende ni? PES takde? Need for speed?" Gua soal dia.

"Game apa tu, bang? Tak pernah dengar pun," dia balas.

"Aduhhh, ko ni. Download la game power-power sikit. Baru la terbuka minda remaja ko tu nanti. Ko tu dah bersunat." Gua kutuk dia, padan muka.

"Oh, patut la..." dia cakap tak habis.

"Patut la mende?" Gua soal dia.

"Patut la rasa macam nak tumbuh janggut dan misai, nak jadi remaja dah," dia balas.

"Aduhhh, bersunat baru tiga empat hari, tumbuh amendanya," panas juga gua dengan budak ni.

"Bang, kalau dah bersunat, kawan orang cakap boleh ada makwe dah,"

"Ko jangan mengada, sekolah pun baru darjah empat, ko gatal dah yea. Aku bagitau mak ko, nak?" Gua ugut dia.

"Sikit-sikit nak report, tak sedap la lepak dengan abang ni, nak balik la." Dia pun terus balik.

Budak-budak sekarang, lain macam betul. Gua dulu, kalau abah gua cakap je pasal nak sunatkan gua, laju gua lari panjat pokok. Punya la takut. Nampak Tok Mudim pun gua menggigil dah. Kalau main polis sentri tu, orang jahat yang kena tangkap, mesti nama dia Tok Mudim. Punya la anti masa tu.

Budak-budak sekarang, dengar pasal nak kena sunat, jadi seronok betul. Sebab lepas bersunat nak ada makwe. Jenis lepas bersunat nak kawin pun ada juga. Kahkahkah.


Wednesday, 28 December 2011

Celakaaa!!!



Gua terjebak juga tonton cerita ni. Celakaaa!!!



Monday, 26 December 2011

Jangan Sibuk Hal Orang

Sekarang ni gua rasa betul-betul merdeka, sebab hari-hari gua boleh bangun lambat. Ini kerana, sekarang gua tengah cuti semester. Tapi, pagi ni bila bangun gua rasa lain macam, rasa lenguh-lenguh pulak badan gua ni. Takkan sebab mimpi bergaduh? Sakit tu ikut sampai ke alam nyata. Gila betul.

Gua mula jadi risau, jangan-jangan gua nak bertukar jadi Superman tak? Badan lenguh-lenguh sebab nak timbul muscle? Jadi tough la gua nanti. Dalam pada gua tengah risau tu, mak gua ajak pergi hospital. Aikkk? Macam mana dia tahu? Gua tak bagitahu dia pun pasal sakit badan gua ni?

"Takpe la, Mak. Sikit je, karang elok la tu."

"Sikit apanya? Patah kaki dengan tangan, eksiden malam tadi." Ujar emak gua, sedikit tinggi tona suaranya.

Tekaan gua tak mengena, rupa-rupanya mak gua ajak pergi hospital. Tengok anak sedara dia eksiden. Setelah itu, gua pun bersiap-siap la. Yea la, anak sedara mak gua, bermakna sepupu gua la yang eksiden tu. Sebelum sampai ke hospital, gua singgah dulu beli buah-buahan. Biasa la, adat melawat orang sakit, yea dak?

Sampai je dekat hospital, gua parking kereta. Mak gua menghubungi sepupu dia, sibuk dah bertanya itu ini dalam telefon, padahal kejap lagi nak jumpa jugak tu. Selang 10 minit, mak sedara gua sampai. Gua, mak gua dan dia pun menuju ke wad. Sepupu gua tengah tidur masa tu. Dari penceritaan mak sedara gua, sepupu gua tu mengelak orang tua hendak lintas jalan. Gua mengangguk je la. Lepas tu gua pun mintak diri, nak lepak dekat luar ambik angin.

Gua lepak dekat kerusi bawah pokok, mata gua liar memerhati sekeliling, mana tau ada makwe nurse tengah praktikal, boleh gua mengorat. Tiba-tiba, telinga gua menangkap satu perbualan. Pantas gua berpusing mencari perbualan tersebut. Kelihatan sekelompok perempuan sedang berbual-bual.

"Ada anak kembar kamu yea? Susah la kami nak cam mana satu abang, mana satu adik ni." Ujar seorang perempuan yang sedikit berumur.

"Kan, tapi seronok la ada anak kembar ni. Orang nak anak kembar juga la nanti," balas seorang lagi perempuan, perempuan muda.

"Macam mana la awak cam ya, mana abang mana adik." Ujar seorang lagi perempuan, berambut perang memakai kaca mata hitam.

Aduhhh, gua pulak rasa menyampah. Panas je hati gua ni. Dia orang pulak nak sibuk-sibuk pasal anak kembar tu kenapa? Mesti la mak dia boleh cam. Dah anak dia. Kucing tu ha, sama je muka anak dia dengan muka anak kawan dia, boleh je kucing tu kenal. Takde nak tertukar pun. Sorang lagi tu, nak anak kembar juga, pergi la kawin dengan arnab tu, sekali keluar 5-6 ekor kembar.

Tapi, yang gua ni pulak. Tiba-tiba nak panas hati, apa hal? Lantak dia orang la nak cakap apa pun, bukannya gua kenal dia orang tu. Hehehe. Malu pulak gua rasa. Jadi, gua pun pergi cari mak gua. Ajak dia balik.