Baca sini! Baca sini!

Wednesday, 23 November 2011

Tak Boleh Tidur



Ini cerita pasal malam tadi, gua tak boleh tidur je ceritanya.





Thursday, 17 November 2011

K-POP Pulak Dah!

Gua tau juga la sikit-sikit pasal orang korea ni, tapi takde la sampai gua jadi minat sangat. Tak sanggup lagi gua nak pakai baju tulis I Love K-pop. Ada yang jenis betul-betul minat tu, sampai boleh bertutur dalam bahasa Korea ni. Gila betul.
Pendedahan pertama gua dapat pasal K-pop ni, sebab ada sorang makwe suggest dekat gua, suruh tengok cerita Boys Over Flower dekat 8Tv. Gua tengok tajuk pun dah tak sedap masa tu. Cerita benda tajuk budak lelaki dengan bunga ni? Gua pun layan, layan lagi dan lagi. Sedar-sedar dah 3 minggu gua hadap cerita tu. Cilake betul, sedap!
Gua dah tak tentu arah dah, drama tu dah nak habis dekat 8Tv. Gua pulak tak tau jalan cerita dari awal, Geum Jan Di (Heroin cerita tu) gua dah declare jadi makwe gua dah. Jadi, gua pun dengan malu-malu mintak la dengan makwe yang suggest suruh gua tengok tu, pinjam dvd dia. Lagi gila babi, ada 5 keping cd bhaiii! Satu VCD 5 jam. Gua hadap semua dalam masa 3 hari je. Jadi, gua tegaskan lagi sekali, gua bukanlah peminat tegar, gua sekadar ambil tahu je. Takde la buta-buta kena kencing kalau orang berbual pasal K-pop nanti.



Sunday, 6 November 2011

Aidiladha XX-I-II (2)

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam di Malaysia, juga kepada jemaah haji. Selamat menunaikan ibadah haji dan semoga selamat kembali ke Tanah Air. Lepas solat sunat Aidiladha tadi, gua tengok Tv je. Lepas ti tertidur. Nak beraya pun tak tau nak pergi mana, jadi sempena hari raya korban kali ni, gua korbankan la masa gua untuk tidur. Lebih kurang dekat pukul 4 petang, gua tersedar. Sebab lapar, jadi gua pun bersiap-siap la nak pergi cari makanan. Gua makeup lebih-lebih kurang, lepas tu keluar dengan modus operandi nak beli makanan.

Sampai dekat medan selera Taman Wira, gua tengok semua kedai tutup. Jadi, gua pun menuju ke Pasaraya TSB. Pun tutup juga. Gua syak tokey dia cina, ingatkan tak tutup la, tapi tutup juga. Jadi, destinasi terakhirnya, ke Seven E la. Mana lagi, confirm tak tutup. Gua masuk Seven E, capai megi sebungkus, lepas tu pergi bayar,
"Makan megi ja?" Soal Cashier Seven E tu. Gua diam je, muka gua masamkan sikit. Nasib baik makwe, kalau tidak gua terajang dah.
Sampai rumah, member gua lagi dua orang dah tunggu dah, bila nampak je megi. Wajah mereka sedikit kecewa. Setelah itu, kami pun bergotong-royong la memasak megi dengan paling-paling sedap masakannya. Dah siap masak, hidang la megi tersebut dan makan. Gua jadi pelik pulak tengok member gua sorang ni makan megi pejam mata.
"Apa hal ko ni? Makan apa gitu gaya?" Soal gua, musykil juga la rasanya.
"Diam la! Aku tengah bayang makan mee kari ni, ko tau mende!" Jawab member gua tu.
Aikkk! Lain macam juga dia ni. Gua pun pejam juga la mata, lepas tu bayang tengah makan sate. Tak sampai beb rasa sate tu. Rasa megi juga. Phuihhh!