Followers

Baca sini! Baca sini!

Sunday, 30 October 2011

Aidiladha XX-I-II

Raya Haji kali ni gua tak balik kampung, memandangkan cuti tiga hari je. Dari kedah balik pahang, tak cukup beb kalau tiga hari ni. Kena pulak musim Exam. Nak tak nak raya dekat sini je la gua kali ni. Tat nenas, lemang dan ketupat gua terbayang dah, tapi nak buat macam mana. Kena hadap juga la raya dekat sini. Jadi, nak buang rasa sedih tu, gua pun buat-buat sibuk mengulangkaji, kononnya. Tapi teringat juga dekat family gua, lagi-lagi mak gua. Ada juga la rasa nak menangis tu. Tapi gua tahan. Dah teringat tu mula la layan flashback.
Gua ingat masa kecik-kecik, kalau raya je beli baju melayu kaler merah. Sebab gua nak jadi power rangers merah. Masa tadika, gilir-gilir pakai baju kaler hijau dan merah. Isnin, Rabu dan Jumaat kaler merah. Selasa dan Khamis kaler hijau. Kadang-kadang, sengaja gua pakai baju merah hari-hari. Sebab gua kan power rangers merah.
Mak gua selalu pesan, "Kalau nak jadi power rangers kena la pandai, nak pandai kena la rajin pergi sekolah." Tapi masa tu gua budak-budak lagi, kalau gua tahu dah besar ni kena ambik macam-macam jenis Exam, sabtu dan ahad pun gua suruh mak gua hantar pergi sekolah. Lepas tu, mak gua belikan beg sekolah power rangers, rajin la gua pergi sekolah. Sebab nak menunjuk je. Kahkahkah.
Bila dah besar sikit, baru gua tahu, gua tak boleh pun jadi power rangers. Mak gua cakap macam tu sebab nak gua rajin pergi sekolah dan jadi pandai. Tapi, gua rasa boleh juga kalau nak jadi power rangers ni. Tu polis, askar dan bomba tu, kira power rangers juga la, sebab selamatkan orang. Jadi, gua tabik dengan mak gua la. Sebab tak jemu mendidik gua ni. Gua berdoa semoga gua dapat jaga dia macam mana dia jaga gua dari kecik sampai la besar macam sekarang ni. SALAM AIDILADHA!

2 comments:

  1. tahniah dah berjaya jadi power rangers merah! hadoi..sakit perut gelak..haha

    ReplyDelete