Followers

Baca sini! Baca sini!

Friday, 23 September 2011

Ada Apa Dengan Cinta?

Entri ini berkenaan cinta. Gua syak, korang mesti dah jemu baca pasal cinta ni, tapi gua nak tulis juga sebab tak tau nak tulis apa dah ni. Sekarang ni, pergi la mana-mana pun, Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Daya, dan Timur Leste mesti nampak orang bercinta. Kalau tak tengok, jeling-jeling pun nampak juga pasangan bercinta ni. Biasa la, lelaki dan perempuan saling memerlukan dalam kehidupan ini. Bila dah bercinta, pasti akan mengambil berat antara satu sama lain. Tapi, macam mana kalau jenis yang terlalu mengambil berat? Erti kata lainnya mengongkong?  Ada ke orang yang suka? Kalau ada dia patut diberi Sijil Penghargaan di atas bangangnya itu.

Ada juga yang tak suka, tapi sebab sayang, jadi la dia seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Gua bagi contoh sikit, jantan ni housemate gua,
Contoh 1
 
"Abang, malam ni Anje nak study, esok Anje ada paper. Jangan text atau call yea. Doakan Anje lulus.". Bila sampai waktu pakwe dia pulak, "Anje, esok Abang ada paper, nanti la abang balas dan call Ayang yea." Jawab si makwe tanpa ada rasa bangang, "Yeaaa la tu, entah-entah text orang lain, text je la dengan Anje sambil study!"
Contoh 2
 
Malam tu dah setuju nak pergi futsal. Tiba-tiba dia call makwe, "Abang nak tidur awal la Anje, sakit kepala, nanti tersedar Abang text yea." Menipu! Sebab kalau tak menipu si makwe bangan merajuk, cakap si pakwe pentingkan futsal dari dia. Bangang!
Gua rasa, dalam kes macam ni, si makwe la yang mintak kena tipu. Jadi, ada apa dengan cinta?

1 comment:

  1. susah nak corak cinta..
    hurmm perasaan cemburu tu wajib ade...tanda sayang

    ReplyDelete