Baca sini! Baca sini!

Sunday, 21 August 2011

Bumi Asing

Cerita ini berlaku pada tahun 2008, kali pertama gua jejakkan kaki ke Negeri Kedah, di Alor Setar. Gua ke sini kerana menyambung pengajian gua. Negeri ini cukup asing bagi gua, loghat yang aneh. Gua tak pernah keluar dari Negeri kelahiran gua, Negeri Pahang. Tak pernah terlintas di kepala otak gua, akan tinggal di negeri ini. Gua juga sedikit musykil, apa hal banyak sangat orang tanam lalang dekat sini? Apakah fungsinya kepada ekosistem negeri ini? Atau sekadar salahsatu dari kempen oleh kerajaan untuk menghijaukan bumi? Macam-macam pendapat dan kesimpulan yang bermain di dalam kepala gua. Gua mula buat sedikit kajian, kadang-kadang tidur pun lewat. Rakan sebilik gua, ada juga menegur perangai gua. Gua buat tak tahu je.

"Hang jangan hisap dadah, sat lagi kena tangkap. Nah, hisap rokok balut ni, tembakau cap kuda, padu baqhang. Ayaq ketum hang pernah terai ka?" Katanya, menasihatkan gua.
Gua masih tak puas hati, selagi tak tau sebab apa dan kenapa, selagi itu hati gua tak puas. Kenapa tak tanya rakan sebilik gua? Lagi baik kalau gua tanya dengan kucing. Otak dia dengan kucing, cerdik dia sikit je gua rasa. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Gua tak dapat lagi jawapan. Jadi gua buat keputusan untuk keluar mencari jawapan.
Petang itu, angin bayu bertiup lembut. Lalang meliuk-lentok, panas juga hati gua tengok lalang meliuk-liuk macam tu. Dekat kampung gua ada juga orang tanam lalang, tapi takde la dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Gua patahkan satu pokok lalang tu. Puas sikit hati gua masa tu.
"Dok buat apa tak tau, dok sorang-sorang lagu ni. Hang hisap gam ka cheq? Jangan dok buat lagu tu, Pakcik balun sat lagi, mampuih!" Tegur seorang Pakcik, kurang sopan juga tegurannya itu.
"Pakcik, pasal apa orang tanam lalang banyak sangat dekat sini? Lembu takde pun?" Soal gua, gua beranikan diri bertanya.
"Laaa, awat cheq? Hat tu bukan lalang, tu padi. Tudiaaa aihhh, hang bodo sungguh ka?" Soal Pakcik itu lagi, dia kelihatan bingung sedikit.
Gua pun bersalam, kemudian meminta izin untuk pergi, Pakcik tersebut masih lagi membebel dalam loghat yang gua kurang paham. Gua syak Pakcik tu asal dari Baling. Dan, gua tak akan sia-siakan 4 tahun gua di sini untuk belajar bersungguh-sungguh!






3 comments:

  1. hahahahaha.. very damn funny lol.. u hv sense of humor in u.. ahaks~
    terbaik!!! hahaha

    ReplyDelete
  2. Singgah malam ^_^ ke blog superman ni...cari2 shoutbox tak jumpa so tinggal jejak kat sini jer..

    ReplyDelete