Baca sini! Baca sini!

Friday, 26 August 2011

Salam Lebaran


Di kesempatan ini, gua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua orang yang sudi follow dan baca blog gua ni. Gua menyusun 10 jari tanda minta maaf, jika terkasar komen, terkurang bahasa atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya tidak terniat langsung gua sengaja nak buat macam tu. Jika korang pun nak minta maaf, dari nampak anak Bulan Ramadhan lagi gua dah maafkan dah.

Izinkan gua berpantun sedikit,

Pergi memancing si ikan keli,
Bawa umpan roti dan maggi,
Andai ada kesilapan diri,
Harap diampun semua sekali.
Akhir kata dari gua, semoga selamat pulang berhari raya, berhati-hati di jalanraya, pandu la dengan berhemah, ingat orang tersayang. Gua takde duit raya nak bagi, kad raya pun takde juga, tapi gua ada hati yang ikhlas untuk mengucapkan: 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN





No comments:

Post a Comment