Followers

Baca sini! Baca sini!

Sunday, 21 August 2011

Gua dan Cinta

Setiap kali bulan puasa. Semua orang akan ada kenangan tersendiri. Jadi gua pun ada juga la kisah di bulan puasa ni. Ianya berlaku beberapa tahun yang lepas, kalau tak salah gua seminggu sebelum raya rasanya. Waktu tu, gua keluar makan, berbuka puasa dengan makwe. Sementara menunggu azan Maghrib, kami pun berbual-bual. Bercerita pasal pasukan Manchester United, kemudian kenapa logo Manchester United ada gambar setan, akhirnya berkenaan setan kena ikat di bulan puasa.

Dalam pada tengah berbual tu, tiba-tiba makwe gua tanya,
"Awak puasa ada tinggal tak?"
Gua dah serba salah beb! Gua ada tinggal puasa, tapi takkan nak bagitahu. Tak tulang rusuk kanan la kalau dia tahu, macam mana nak jadi imam dia kalau dia tahu? Gua relaks. Hidup kena relaks beb!
"Ada juga tinggal." Gua jawab, jujur.
"Banyak ke?" Soal makwe gua lagi.
"Sehari je," gua jawab.
"Ya ke? Sumpah? Haaa, kalau tak tipu cakap sumpah!" Ugut makwe gua.
"Sumpah! Tinggal sehari je, yang lain semua tak puasa." Gua jawab, jujur lagi.
Lepas tu gua pun ketawa-ketawa manja. Kiranya, gua anggap dia ingat gua tengah buat lawak la. Makwe gua tak gelak langsung. Serius je. Sampai habis waktu berbuka pun serius lagi.

Dan seperti mana berakhirnya Bulan Ramadhan pada tahun itu, berakhir juga la kisah cinta gua dengan dia.




No comments:

Post a Comment