Baca sini! Baca sini!

Sunday, 21 August 2011

Balik Raya

Entri ini juga bercerita pasal puasa, yea la sekarang kan bulan puasa. Gua bercerita la pasal puasa dengan bersungguh-sungguh. Setelah hampir sebulan berpuasa dia hostel, tiba la waktunya untuk balik ke kampung. Masa tengah-tengah bulan puasa hari tu, gua dah berbincang dengan rakan sekampung gua, dia kerja Askar dekat Jitra, gua lak duduk hostel dekat Mergong, Alor Setar. Dia ajak gua balik sekali dengan kawan dia, naik kereta. Gua pun bersetuju la. Senang sikit kalau naik kereta dari naik bas.
Gua buat tak tau je la, tengok kawan-kawan satu negeri dengan gua pergi berebut beli tiket. Yea la, gua balik naik kereta, apa ada hal. Dua hari lepas tu, kawan gua kerja Askar tu call, dia cakap budak yang gua dengan dia nak tumpang tu tak dapat cuti, dia balik naik trak sampai Kem Askar Bentong. Gua? Mengelupur la pergi Terminal bas Shahab Perdana, nak beli tiket. Cilakeee betul. Ulat tiket lagi babi, sampi 70 ringgit jual tiket dekat gua, biasa 48 ringgit je. Nak tak nak, beli juga la, gila apa nak beraya dekat hostel sorang-sorang. Okay-okay, di pendekkan cerita, gua pun selamat touchdown di puduraya. Lebih kurang pukul 4 petang. Maknanya, sempat lagi gua naik bas pukul 5 dari Jalan pekeliling ke Raub. Dalam pukul 6.30 atau pukul 7 sampai la ke Raub. Boleh berbuka dekat Bandar Raub je nanti. Jadi, gua pun selamat berada di dalam perut bas Pahang Lin Siong, warna merah pekat.
Setelah itu bas pun meluncur laju, mengikut kehendak setiap penumpang yang membeli tiket dan naik bas tersebut. Gua relaks, melihat keluar tingkap sambil menyanyi lagu balik kampung, nyanyian Allahyarham Sudirman. Ketika gua berada di antara dua alam, alam sedar dan alam mimpi. Bas berhenti dengan tiba-tiba. Gua mula berfikir bukan-bukan, bas kena hijacked ke? Adakah gua akan diculik? Kemudian dijual di pasaran antarabangsa? Saat itu wajah mak dan abah gua bersilih ganti di depan mata, gua rasa nak menangis dah, kemudian bayangan abah gua mengetuk kepala gua "pergi la tanya driver tu, apa hal!". Gua terus tersedar dan mengikut arahannya.
"Manyak soli aaa, roda angin sikit kurang, mau isi lulu la." Kata driver, gua syak dia orang cina.
Masuk bengkel rupa-rupanya, gua rasa tenang balik. 5 minit. 10 minit. 15 minit. 20 minit. 25 minit, bas tak setel lagi, gua dah resah balik, makanan apa pun tak beli lagi ni. Gua jangka sampai pukul 7 petang dekat Raub, ni dah pukul 6 lebih dekat bengkel lagi ni. Apa cerita macam ni?
"Lama lagi ke, Uncle?" Soal gua, muka gua masamkan sedikit, bagi nampak serius dan gangster.
"Wa mau cakap banyak pun talak belani ma, lu tanya ini roda la, apa maciam?" Jawab Uncle itu, tanpa sedikit pun dia rasa bangang.
Sepuluh minit selepas itu, bas kembali bergerak. Memang tak sempat nak berbuka dekat Bandar Raub nanti ni. Gua perhati satu-persatu muka manusia dalam bas, ada 5 orang semuanya. 3 Bangladesh, 1 India dan 1 lagi gua tak dapat kenalpasti orang apa. Takde harapan langsung gua nak paw makanan.
"Jika kita melambat-lambatkan bersahur, maka akan dapat pahala. Begitu juga, jika mempercepatkan berbuka."
Gua teringat kata-kata seorang Ustazah dalam Astro Oasis, Ustazah apa entah nama dia. Tapi cantik juga la. Gua nak pahala berbuka awal, jadi gua terus mengorek hidung, sebab setahu gua itu salahsatu dari perkara yang membatalkan puasa. Jadi gua dapat pahala sunat berbuka awal. Kehkehkeh!





1 comment:

  1. tindakan yg lg c crdik drpd driver bas tu.. hahaagaga.. lawak lh awk nih.. hahaha

    ReplyDelete