Baca sini! Baca sini!

Tuesday, 23 August 2011

Suatu Petang

Kalau ada masa lapang, kerap juga gua baca novel ni, biasanya novel mak gua la yang gua rembat bawak balik hostel. Gila nak beli, muka ganas macam Rambo, takkan nak pergi beli novel. Petang itu, gua baca sebuah novel, sebagai salahsatu cara untuk membunuh masa yang ada. Gua jadi tertarik dengan satu ayat dalam novel ni "Cinta belum lagi jodoh, tapi jodoh itu sudah pasti cinta" power juga ayat ni. Jadi, gua buat keputusan untuk keluar berjalan-jalan, ini juga salahsatu dari cara-cara untuk membunuh masa lapang gua. Setelah itu, gua pun memandu motorsikal, jenis Honda Ex5. Rakan-rakan seperjuang gua semua ingat gua beli motorsikal tu guna duit PTPTN, padahal mak gua yang hadiahkan sebab gua dapat masuk Universiti. Ingat ada PTPTN je boleh beli agaknya. Phuihhh!

Hampir setengah jam juga gua meronda, takde lagi gua jumpa jodoh, kalau tak boleh juga gua tanya pasal cinta. Agaknya, makwe-makwe sini semua duduk rumah, sms dengan pakwe. Takpe la, kejap lagi kalau takde apa, kalau dah bosan gua balik hostel je la. Waktu nak balik tu gua nampak ada satu brader ni tepi sungai, hisap rokok buat dengan surat khabar, panjang juga rokok dia. Power brader ni, power. Silap-silap sedara dengan Bob Marley, tak pun Kurt Cobain.
Jadi, gua berkira-kira nak lepak dengan dia la, boleh juga berbual-bual. Gua pun memandu menghala ke arah brader tersebut. Gua bagi signal ke kanan, kemudian parking motorsikal gua. Gua berjalan ke arah dia. Lebih kurang jarak 10 meter, gua pusing balik. Lekas-lekas gua berjalan ke motorsikal gua. Brader tu gua dengar dia bercakap sorang-sorang,
"Dulu, lembu aku ramai. Habih mati kena selesema burung, yang kapai selam pasaipa dia menyelam? Pasaipa tak pi bulan? Duit aku dok ada 8 juta, aku kaya, kayaaaa!!!" Kata brader itu, sambil mengutip daun simpan dalam baju.





1 comment: